Wednesday, November 25, 2009

Cinta Kau Aku



Sambil melayan mendengar Lagu nyanyian Ari Lasso.. pelan-pelan kuikuti bait-bait lagu tersebut...


" Tuhan mengapa kau anugerahkan, cinta yang tak mungkin ku bersatu" semacam lagu itu begitu dekat dihatiku.. arghhhhhh!!! aku terlalu jauh melayang rupanya...

Terus Khadijah terburu-buru menyiapkan makan malam untuk hari itu. Bukan susah, hanyalah sekadar satu atau dua lauk tuk dibuat sementara anak-anak sedang mandi diatas.

Sambil mengeluh perlahan jauh dilubuk hatinya terasa ada sesuatuh beban yang masih tidak selesai.. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dan lindungilah diriku dan anak-anakku" dan terus beliau meraup kedua belah tanggannya..

"Ibu".. terdengar panggilan manja dari baby... "Yer sayang"... terus Khadijah mendapatkan baby dan mendukung beliau walaupun ketika itu masih bersisa segala penat lelah menyiapkan makan malam tapi Khadijah tidak peduli kerana anak-anak adalah harta yang perlu dijaga.

"Ibu, papa ne??" dengan pelatnya baby masih lagi bertanyakan dimana ayahnya..
Entah kenapa hati seorang ibu terlalu mudah tersentuh pabila si anak kecil bertanyakan ayahnya..

Dengan mata yg bergenang.. "Err papa kerja sayang, nanti papa baliklah".. itu sahaja yang boleh Khadijah ungkapkan kerana umur sekecil baby mungkin masih tidak mengerti akan erti perpisahan yang kekal abadi.. Arrhhh lambat laun Khadijah berharap baby akan mengerti jua itu doanya.. lainlah dengan Aiman anak yang sulung sudah menginjak umur 10tahun sudah dapat menerima hakikatnya yang ayahnya sudah tiada.

Terleka sebentar bila melayan baby pabila bahunya disapa lembut dari belakang. "Ibu, pergilah solat dulu nanti baby saya jaga sementara ibu mandi dan solat. Lepas tu bolehlah kita makan ya.. " Sejuk hatinya mendengar kata-kata Aiman yang turun dari atas sebentar tadi.. "Aa yelah Aiman, terima kasih ya".. "Ibu sayang Aiman tau"...

Sehingga saat ini hidup mereka masih lagi mampu Khadijah usahakan dari segi kewangan, makan minum dan tempat kediaman peninggalan arwah suaminya dulu..... tiba-tiba tanpa sedar airmata menitis perlahan dipipinya pabila terkenangkan arwah suaminya.. semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.. itu doanya dan dititipkan jua pada anak-anak supaya mendoakan ayah mereka disana.

salam sayang
MHkg

2 comments:

Anonymous said...

bat..
rasanya takde sapa yg boleh komen entry mu hari ni.. huhuu




wadi

mak hayams said...

ermm giteww erkk.. tu mu dah komen dah atu..muahahahhaha