Selepas sahaja selesai berdoa yang panjang hari itu barulah Alia mendapat sedikit kekuatan dan terus dia bersiap untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan ke angka 6.15 petang. "Lewatlah aku hari ini agaknya".. gumamnya sendirian.
Terkocoh-kocoh dia menuruni tangga dan tiba-tiba ada suara yang menyapanya.. "Lambat harini Alia?".."Ohh Jas, aah lambat hari ini sket ramai org solat tadi".. sekadar berbasa basi. Tetapi kawan disebelah Jas itu hanya memandangnya tanpa sepatah kata .. "Ahh kenapa pulak mamat ne memandang aku sebegitu rupa?".. "Eh aku gerak dululah Jas, dah lambat ni nak ambil anak-anak dan masak lagi,lagipun harini anak-anak aku ada tusyen".."Ok, jalan elok-elok tau jgan terpeleot karangs.. hahahha"..
Didalam kereta masih lagi dia terbayang-bayang kawan Jas itu.. "Mcm pernah jumpalah.. tapi dimana ya..".. ohhh mungkin aku pernah lihat wajah itu di Kota Damansara.. pasti.. nantilah esok aku tanya Kak Zie .. "Aper nama dia erkk??".. ahhh kenapa aku berminat untuk mengetahui tentang mamat tu??? Ahh lelaki sama sahaja.. begitu mudah dia membuat penilaian..
Petang itu seperti biasa Keirul pulang kerumah ambil Sabrina dan Hana dan terus ke kedai untuk makan kerana dia tahu Hana takkan mungkin memasak untuk makan malam.. "Hai apalah nasibnya aku ne.. ada isteri pun serupa tak ada".. itulah rutin hari-hari sehingga semua gerai di Kota Damansara itu sudah dicubanya.
"Mungkin salah diriku juga yang memanjakannya sebelum ini".. tapi jika nak dibandingkan dengan Alia dia pun bekerja juga.. anak tiga lagi sempat pula tuh nak memasak dan hantar anak-anak ke pusat tusyen lagi.. "Ahhh kenapa pula aku nak bandingkan mereka?".. mungkin rezeki masing-masing agaknya.. "Tapi suaminya kemana erkk takkan Alia sendirian menguruskan anak-anak dirumah".. persoalan itu terus bermain-main sehinggalah selesai dia makan..
Entah kenapa Keirul begitu menyenangi akan personaliti Alia walaupun dia tahu Alia sudah bekeluarga tapi kehadiran Alia di tempat kerjanya serasa seperti seorang perempuan melayu terakhir gayanya. Begitu menjaga tata tertib sebagai seorang isteri dan bekerjaya dan begitu lemah lembut perwatakannya tapi terselit ketegasan.
Esok paginya bila Alia berada bersama teman-teman sepejabatnya diwaktu pagi tiba-tiba Kak Zie datang dan terus sahaja menyapanya.. "Cantik harini Alia, berkebaya lagi?".. "Ohh Kak Zie, alah baju lamalah kak, Akak pun kalau berkebaya apa kurangnya".. entah mengapa Alia begitu menyenangi Kak Zie walaupun berlainan department tapi Kak Zie begitu mesra baginya dan sudah dianggap Kak Zie sebagai kakaknya disitu.
"Err Kak Zie, saya nak tanyalah siapa yang didalam department Kak Zie tu , yang tinggi-tinggi tuh yang kawan dengan Jas ".. "Ohh itu Keirul kenapa?" "Err dier tuh tinggal dimana Kak Zie?".. "Kenapa neh tetiba sajer nak tau bout him? Ada aper-aper ker" .."Alah... Kak Zie ne kesitu pulak, tak ada apa-apalah sajer nak tau coz saya rasa mcm pernah jumpalah di Kota Damansara".. "Ha.. betullah tuh" jawab Kak Zie .. "Dia memang tinggal di Kota Damansara".. "Ohhhhh terima kasih ya".. sambil menganggukkan kepalanya
Betullah aku pernah jumpa di Kota Damansara.. ermmm kecil jerk rupanya dunia neh..
salam sayang
MHkg
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
hahaha!!! yahuu!!!
i like lah this part 5.. lama tunggu neh.. tq bat..
emmm.. lepaih tu bat? sambung le cepat.. alaa.. hentam je buat entry 2x satu hari.. kah kah..
wadi nyer..
motiff nak suh maks buat entry dua sekals sehari kans.. sabo jeler..
Bat,
ha ah kecik jer dunia ni hehehe *motifff takde-apa-nak-komen-tapi-nak-komen-jugak* hahahaha
ishhh org tu tak sabo beno
itulah motiff sunggoh no..
yeap wat a small world kans mu tuh saper ngan Alin huhu.. *motiff tak??*
entahlah ada org tuh kans.. nak cepat kalu buatla telenoleva sendiri kans.. *opsss matilamaksss mengata tak hengats neh*
aiii alin jugak yg disebutnyer kekekekeke
alin tu saper ha? hehehe
entahla maks pun tak kenai kaedahnya.. anak menakan maks kah??
ehhh bukan maks sebut Delin .. bukan Alin kans??? muahahhahaa
*maks teruih neh layan lagu D'Masiv*
Post a Comment