Thursday, December 18, 2008

Ruang Rindu - Part 1

Korang pernah tak ada rasa suatu hari yg amat mandom.. rasa nak pukul org jerk.. mcmtulah aku bila dilanda keresahan dijiwa mengenangkan Alia aku kan jadi beginih..

Dunia sekeliling pun aku dah tak hirau.. rasanya muka Boss pun dah jadi muka lempeng gamaknya.. apa butir bicara pun dah ku 'mute'kan.. terasa hanya aku memandang wajah sucinya, senyumannya, tingkah lakunya.. dan segala macam lagilah mengenai dirinya..

Berat kepalaku memikirkannya.. mungkin aku terasa diri ini amat kecil dimatanya.. Atau aku tidak ada keyakinan terhadap diriku sendiri. Tapi aku percaya suatu hari nanti Alia pasti akan jatuh cinta pada diriku. Mungkin juga aku terlalu banyak menonton filem2 dimana watak hero selalu kalah dahulu.. adakah aku hero yg sebegitu???? Tapi sampai bila hero ini akan begini?? memendam perasaan terhadap seorang perempuan yg bernama Alia???

***************************************************************************

Pagi itu Alia sepatutnya bersiap awal untuk menghadiri suatu temuduga, tapi beliau masih lagi termenung didepan pintu almari. "Ahhhh! baju apa yang hendak ku pakai".. gumamnya didalam hati.. bukannya tidak ada baju yang hendak dipakai sambil tangannya pantas menyelak satu persatu baju yg tersusun.. entah mengapa matanya tertancap pada baju kebaya biru yg sudah agak lama tidak dipakainya.

Bila jam sudah hampir menghampiri ke pukul 9am barulah Alia terkocoh-kocoh keluar dari rumah itewwpun setelah pergi menghantar Qistina ke pusat jagaan. Sementara Irfan dan Sabrina dari pagi tadi sudah ke sekolah. Ady pula sudah lama ke tempat kerja. Alia mengeluh sebentar kerana jika diikutkan hatinya beliau bukanlah hendak bekerja buat sementara ini. Tapi bosan pula yang melanda dijiwa. Disebabkan Ady yg beria-ria menyuruh beliau menghadiri temuduga ini maka dengan berat hati beliau pun pergilah.

Sampai sahaja Alia di depan pintu syarikat tersebut didalam hatinya terus berkata-kata " Ohh besar juga syarikat ini, tapi bagaimana dengan kakitangannya??? OK ke tak".. terus bermain-main didalam kepalanya. Lepas sahaja disapa penyambut tetamu dan Alia memberitahu yg beliau ada temuduga hari itu terus sahaja beliau diminta mengisi borang.

Sedang Alia asyik mengisi borang tersebut, dia terasa ada mata yg begitu asyik memandangnya.. Didalam hatinya "ahhhh mata itu kenapa harus merenung aku sebegini??" dan Alia sengaja mengangkat mukanya untuk melihat wajah yang seakan-akan tak mahu melepaskan renungan terus menerus kepadanya.

Ermmm.. "seakan-akan pernah ku melihat wajah ini.. tapi dimana ya???" katanya didalam hati. Tapi entahlah mungkin pelanduk dua serupa. Rupanya Alia tidak berseorangan tertanya-tanya tentang perkara yg sama kerana aku pun begitu juga..

*merasa u ols, telenovela neh bersambung*..

salam sayang
MHkg

13 comments:

Hazelsyd said...

Bat!

ehem ehem! ahaks ahaks!

sambung sambung!

elok gaks simpan dalam bentuk gini eks kekeekekek huh tak sangka saing ku ini penulis novela katanyer heheheh

pastuh, first time laaa baca entry ko berbahasa yg skema kekekeke

Hazelsyd said...

opss lupa nak komen..

rasa cam nak pukul orang?? hah! ganaz gaks ko nih eks hehehehe

Hazelsyd said...

kihkihkih... ko ker yg ganaz tuh? hehe

komen ler cepat weiii

Anonymous said...

nyah..

adehhh sabo jeler.. bak kata org tuh kans.. patutnya cam citer StarWars.. maks buat ending citer neh dulu tapikan cerita neh tak ada ending agi bah.. camner erkk???

keh keh keh ganas tak ganas aa maks erkk..

Hazelsyd said...

kekekekek

pepaham jer la.. bila keluo entry novela sebeginih darimu, mode cikwokz aku on la kan ehehhehe

setiap citer kena ada ending nyah ahaks ahaks!

okes daaaa

Anonymous said...

kah kah kah *mode tertekan*..

one fine day yach.. *lariii sekuat ati*...

nak happy ending kerr or wat ending yg mu expect neh??? merasa

AppleB said...

sapakah alia?? dan sapakah yg main tenung2 atu??


muahahhahahahahaha *gelak hiblis*

Anonymous said...

jahat sangat tau siap gelak iblis bagai..

Anonymous said...

dear batt,

mati2 i ingat i salah blog tadik!! pakah ini blog batt? katanya... hehehe

akanku tunggu sambungan itu yach!!

Anonymous said...

hahaha Teesh kaedahnya cam citer StarWars yach another tahun yach.. *merasa sangat kans*

Anonymous said...

ingatkan bat punya bahasa dah jadi elok. rupanya...novel dowh!

vaart

Hazelsyd said...

Bat,

i cant help it la. bila ko kata lari sekuat ati tuh kan.. nak tak nak, dalam kepala aku nih mmg seolah2 membayangkan ko tgh tengah sprint lari sekuat ati and the image is just so funny! hahahahaha ampunnnnnn

Anonymous said...

kah kah kah adehhh apo2lah yo vaart.. *takper kang maks tukar imej erkkk*

Ija,

ekekekekek sabo jeler siap terimajin tuh...